Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia & Salam Perpaduan.Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat ALLAH S.W.T dengan berkat keizinan dan limpah kurnia-Nya, laman sesawang Fakulti Teknologi Kejuruteraan (Fe-Tech), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah dapat diwujudkan.
Tahniah dan syabas kepada semua kakitangan yang telah berusaha untuk menyediakan laman sesawang ini. Ianya dapat dijayakan dengan kesedaran betapa pentingnya sesuatu laman sesawang kepada sesuatu organisasi itu bagi menyalurkan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh pelajar dan orang ramai dari dalam dan luar negeri.

Fakulti Teknologi Kejuruteraan (Fe-Tech) telah ditubuhkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada tahun 2013. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat Universiti Teknikal di Malaysia di bawah ‘Malaysian Technical University Network’ (MTUN), iaitu mendidik dan melatih tenaga kerja yang berbakat besar untuk menyumbang kepada negara-negara perindustrian maju, disamping menjadi pemangkin kepada strategi negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Diharapkan laman sesawang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua golongan pelajar dan masyarakat di samping berkongsi maklumat dan informasi ke arah melestarikan ICT untuk pentadbiran, pengajaran dan penyelidikan dalam bidang teknologi kejuruteraan.

Dengan ini, saya bagi pihak FeTeCH mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi laman sesawang FeTeCH. Segala kelemahan dan kekurangan amatlah dikesali.

Yang Ikhlas,

Dekan
Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FeTech), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

PhD, Oita University (JAPAN)
B.Eng, Tokushima University (JAPAN)