Official Web FeTech UniMAP
    Loading Events

    « All Events

    • This event has passed.

    Tawaran Biasiswa Bagi Kakitangan Bukan Akademik IPTA Sesi Pengajian 2018/2019

    March 1 @ 8:00 AM - March 31 @ 5:00 PM

    Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

    KEPADA SEMUA STAF UniMAP YANG BERKELAYAKAN

    YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Tuan/Puan

    TAWARAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK IPTA BAGI SESI PENGAJIAN 2018/2019 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI.
    Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

    2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mempelawa para pentabir dan pegawai bukan akademik IPTA , Gred 41 dan ke atas yang berkhidmat  di bawah Universiti Awam untuk memohon program Hadiah Latihan Persekutuan Staf Bukan Akdemik IPTA (HLP) sesi pengajian 2018/2019 bagi mengikuti kursus-kursus di peringkat Sarjana dan Ph.D di Universiti Awam (UA). Tawaran ini telah dibuka untuk permohonan mulai 1 Mac 2017 sehingga 31 Mac 2017 sehingga jam 5.00 petang.

    3.         Sehubungan itu, pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan berdasarkan kepada syarat-syarat permohonan seperti di Lampiran A dialu-alukan untuk memohon secara atas talian di pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi www.mohe.gov.my . Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan mengikuti panduan yang telah disediakan dan tiada sebarang dokumen perlu dihantar secara manual ke Bahagian Biasiswa bagi permohonan tersebut.

    4.         Permohonan yang diterima selepas 31 Mac 2017 tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan tawaran ini bolehlah dirujuk kepada Unit Biasiswa, Bahagian Biasiswa,Kementerian Pendidikan Tinggi di talian 03-8870 6370 atau melalui emel kepada hlp@mohe.gov.my .

    5.          Bersama-sama ini dikemukakan juga surat edaran beserta Lampiran untuk makluman dan perhatian semua berkenaan permohonan ini.

     

    Sekian terima kasih

     

    PANDUAN KERTAS CADANGAN

    SURAT EDARAN

    LAMPIRAN A

    Details

    Start:
    March 1 @ 8:00 AM
    End:
    March 31 @ 5:00 PM
    Event Category:
    Website:
    http://www.mohe.gov.my