Official Web FeTech UniMAP

    Kejohanan Futsal Piala Dekan FTK 2016

    KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PIALA DEKAN FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN 2016

    26 Mac 2016
    D’Futsal,Batu 2.

    futsal1 futsal2 futsal3 futsal4

    bagi pihak Fakulti Teknologi Kejuruteraan, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan sokongan padu semua Staf FTK yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PIALA DEKAN FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN 2016 yang berlansung di D’Futsal Center Batu 2, Jln Kaki Bukit, Perlis pada 26 Mac 2016. Jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga atas keringat dan sumbang bakti yang telah dicurahkan demi memastikan kejayaan dan kelancaran program tersebut. Adalah diharapkan agar kerjasama seumpama ini dapat dikekalkan dan diteruskan di masa-masa akan datang.

    MPKK UniMAP Tingkat Kesedaran Penunggang Motosikal

    ARAU, 14  Mei – Kadar kemalangan maut yang melibatkan remaja terutama pelajar Universiti Awam ternyata berada di tahap yang amat membimbangkan.

    Atas kesedaran itu, Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPKK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Perlis (JKJR) dengan kerjasama UA Motor Kangar telah menganjurkan Program Keselamatan Jalan Raya dan Penyelenggaraan Motorsikal “Jom Balik Kampung”.

    Naib Canselor UniMAP, Briged.Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, program itu bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar dalam mengendalikan penyelenggaraan motosikal secara sistematik dan efisien supaya selamat digunakan semasa berada di jalan raya.

    “Seperti yang kita sedia maklum, penunggang motosikal merupakan antara yang paling berisiko terlibat dalam kemalangan maut.

    “Oleh itu, mereka haruslah menitikberatkan ciri-ciri keselamatan seperti pemakaian topi keledar dan jaket keselamatan yang lengkap dengan pemantul cahaya bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan atau kecederaan,”katanya dalam ucapan yang dibacakanTimbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan.

    Turut hadir, Pengarah JKJR, Kalai Kumar Periyasamy,Penurus UA Motor Kangar, Lim Tiang Chuan dan Pengetua Kolej Kediaman UniMAP, Dr. Wong Yee Shian, Hirwan Jasbir Jaafar dan Syed Akhmal Syed Jamalil.

    Ujar Datuk Kamarudin lagi,  program kesedaran tersebut adalah amat digalakkan d diadakan di peringkat universiti kerana menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), motosikal dan kereta masing-masing mencatatkan lebih 60 peratus dan 20 peratus kematian di jalan raya dengan kadar kemalangan maut paling tinggi melibatkan orang muda yang berumur di antara 16 hingga 25 tahun pada tahun lalu.

    “Saya berharap dengan adanya program ini, anak-anak pelajar akan sentiasa berwaspada apabila berada di jalan raya waima ketika pulang ke kampung atau dalam melakukan aktiviti seharian,”katanya lagi.

    Charity Rainbow Run 2015: Redakan Tekanan Sambil Membantu

    Kangar, 23 Mei – Dengan matlamat bagi meredakan tekanan pelajar sebelum menghadapi peperiksaan akhir dan membantu golongan yang memerlukan, Charity Rainbow Run 2015 berlangsung dengan jayanya di Kolej Kediaman Tan Sri Aisyah Ghani (KKG), di sini, hari ini.

    Program anjuran Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPKK) KKG berkenaan berjaya melibatkan penyertaan hampir 700 peserta termasuk pelajar UniMAP dan masyarakat luar.

    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan yang mewakili Naib Canselor berkata terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu lelaki terbuka, wanita terbuka dan kanak-kanak.

    Katanya, melalui kutipan yuran penyertaan sebanyak RM15 , sebahagiannya akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan termasuk anak-anak Hub Sumber Pendidikan dan Latihan Autism (A-HEART) yang ditubuhkan UniMAP tahun lalu.

    UniMAP sentiasa proaktif dalam menjalankan misi tanggungjawab sosial universiti (USR), justeru melalui program seperti golongan autism dan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang lain dapat dibantu,” katanya ketika berucap di Majlis Penutup Charity Rainbow Run 2015.

    Hadir sama ialah Encik Muhamad Azuan Nasir, Penolong Pengetua KKG mewakili Pengetua KKG, Dr Ragunathan a/l Santiagoo.

    Turut berkenan berangkat hadir menyertai dan melancarkan peserta Charity Rainbow Run 2015 ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor UniMAP.

    Menurutnya Prof Madya Dr Mohd Foad, program larian ini turut berperanan bagi meredakan tekanan kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan akhir tidak lama lagi.

    “Pihak pengurusan UniMAP berharap semua pelajar dapat melalui peperiksaan akhir dengan baik serta memperolehi kecemerlangan bagi meneruskan pengajian mahupun menceburi bidang pekerjaan kelak,” katanya.

    Dalam majlis tertutup Charity Rainbow Run 2015 turut diadakan cabutan bertuah dan penghargaan kepada kanak-kanak OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

    RainbowRun01